Hello! No Ripping !

Elmo is totally Loved ! ♥


Saturday, October 30, 2010 ♥
New Entry : `Puisi Buat Si-DIA ~
Sepi itu adalah malam tanpa suara cengkerik ,
Sepi itu adalah laut tanpa ombak ,
Sepi itu adalah langit tanpa bintang ,
Sepi itu adalah aku tanpamu ,
Tanpa suaramu ,
Tanpa jasadmu ,
Tanpa cita-citamnu ,
Kau datang mengucapkan salam ,
Lalu kau pergi tanpa pesan ,
Aku kau tinggalkan bersama memori silam .

Candidly ;
HoneyBARNEY .




Tuesday, October 26, 2010 ♥
` S A Y O N A R A ~

23th Oct 2010 .
Goin' to Spore n hve some fun . Ibu and ayahh treatt me and my adq some coklett . nyummnyumm* . thnkz Ibu n ayahh . iloveyuu Tpi bosann seyy cause otw na blekk , jamm glerr . Thenn ayahh ape lgii , die lalu Tuas checkpoint . Aq dlm krte 2 da mcm ape seyy , da lahh hujann lebatt , tahann kenciing siot aq !! hahaha . yg bestt-nye , ayh tros gerakk PandanCity , blerr cmpai jewk , aq tross g ladies . nie kess mmg btolbtol ta tahann . and then blalalala ..








24th Oct 2010 .
Temann myy adqq g taek-wandooo . haha . veryy de funn to see him wachaaawachaaa* . haha . cute sangatt adq ii ituu . sygs kau lahh budakkk .







Wednesday, October 20, 2010 ♥
MENGAPA IBU MENANGIS ?
Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada Ibunya."Ibu mengapa ibu menangis ?" Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti..."

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis ?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian , si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur .

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri...

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa .

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang unutk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukannkah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita.

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata dapat mencurahkan perasaannya... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan dimana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata! Inilah airmata kehidupan.

Renungkan bagaimana kita membalas jasa Ibu kita..

Semasa kita berumur 1tahun, Ibu menyuap kitamakan& memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan di atas lantai.

Semasa kita berumur 4tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa kita berumur 5tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH!"

Semasa kita berumur 10tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita kerumah kawan dan lain-lain. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu dengan menendang bola dan memecahkan cermin tigkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita di bilik bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi ibu dengan tidak balik rumah hingga ke larut malam, keranan enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman dengan Ibu di luar dom, takut dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend atau girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Saya tidak mahu jadi macam Ibu!!"

Apabila kita berumur 23tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kuta. Kita membalas budi ibu dengan berpindah 300kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu.."

Apabila kita 40tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata, "Saya sibuk!!"

Apabila kita berumur 50tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggaldunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihidan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah sudah meninggaldunia, Ingatlah jasa Ibu.

Cuba kita renung dan fikir-fikirkan..



Chatterbox


Me

Honey fer short. Need better life this year :)

Cravings
Last update:
  • Good results
  • Hapiness Everyday!
  • I wanna make my parent's Happy
  • I miss my lil sis(Khairin Fitriya) i want to hug her!♥

  • Beloved
    Click

    ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

    ♥♥♥♥♥♥ Parent's
    ♥♥♥♥♥♥ Sibling's
    ♥♥♥♥♥♥ Brother in-law
    ♥♥♥♥♥♥ Syahrul Riza
    ♥♥♥ Friends


    Sorry if i miss out you; tag me

    Escapes
    Fyryn
    NanaDariana
    Intan Matts
    BebyMoo
    IkienTen